Friday 20 August 2010

PERHATIAN semua BLOGGERS!: My Selangor Story Contest!



Perhatian semua Bloggers!

Kebanyakkan kita sememangnya suka berjalan-jalan, tapi lagi syok kalau melibatkan negara kita ini! Ini peluang anda untuk memenangi 'percutian', dimana segala kos perbelanjaan ditanggung melalui My Selangor Story! Pertandingan ini adalah dimana 30 Blogger-blogger dari Malaysia, Singapore dan Indonesia menerokai Selangor untuk 4 hari, terima kasih kepada Tourism Selangor dan juga Horizon Communications.

Jadi untuk melancarkan dan mengisytiharkan pertandingan  My Selangor Story, YB Elizabeth Wong dengan bangganya membuat ucapan " Separuh dari tahun ini kami telak menampakkan peningkatan dalam Industri Pelancongan  di mana ia telah mencecah tiga juta pengunjung." Jadi harap-harap pertandingan ini dapat mempromosikan lagi Selangor sebagai tempat destinasi perlancong-pelancong.

30 blogger-blogger ini akan bertanding antara satu sama lain untuk menghasilkan dokumentasi paling gempak untuk penerokaan mereka untuk My Selangor Story ini. Mereka akan diberi markah berdasarkan kreativiti mereka dalam mempersembahkan pengalaman mereka ketika berada di Selangor ; populariti blog mereka berdasarkan aspek-aspek seperti trafik dan komen-komen, menghiburkan dan kualiti video dan audio untuk adventure mereka yang menarik, dan yang paling penting, komen mereka kenalah jurucakap kenalah bagi satu dua input berdasarkan pengalaman tentang Selangor.

Blogger perlu menghasilkan ' diari video ' yang merekamkan aktiviti-mereka pada hari tersebut, dan video tersebut akan diuploakan pada YouTube, dan link-linknyer akan di'postkan' pada laman web rasmi My Selangor Story. Pembaca dapat memberi pendapat dan juga mengundi untuk BLOG kegemaran mereka, dan mereka berrpeluang untuk memenangi Hadiah Utama RM2500, dan juga perjalanan ulang-alik ke Selangor buat kali ke-2, dan juga Kamera Pentax berharga RM1099 di kalangan hadiah-hadiah yang lain. Hadiah juga akan diberi kepada First Runner Up, Second Runner Up, and those with the Most Creative Blog, Best Write-Up, Best Video, Most Interactive Blog, dan Best Photos.

Blogger-blogger juga dapat merantau dengan stylenya juga. BMW telah mengsponsor 30 biji kereta untuk mereka memandu ke tempat destinasi mereka : Kuala Selangor, Nature Park, Genting Highlands, Sunway Lagoon dan Ampang Lookout Point setekat ini. Pentax akan menyediakan kamera berkualiti tinggi untuk merakam dan menangkap gambar pengalaman mereka, dan Blogger-blogger dari Singapore & Indonesia, mereka akan diterbangkan ke Malaysia courtesy dari Firefly.

Berminat? Apa yang anda perlu adalah sebuah Blog yang aktif, residen Malaysia, Singapore dan juga Indonesia, dan jangan lupa minat yang mendalam terhadap adventure! Letak gambar pertarungan anda, upload satu video 60-saat tentang diri anda untuk menarik perhatian pengadil supaya mereka memilih anda. Salah satu lagi cara adalah dengan menghantarkan esei 300 perkataan( tidak boeh melebihi ). Daftar dengan mengisi borang pada laman web rasmi My Selangor Story, dan disertakan dengan video atau esei anda tadi. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 5 September 2010, dan 30 Blogger yang terpilih akan diumumkan pada 13 September 2010 dengan masa traveling ditetapkan pada 24-27 September 2010!
Related Posts with Thumbnails