-GossipArtistKita-


Marion Caunter Bakal Kahwin?


Sejahtera ke atas kamu.

OMG! ingin melaporkan di sini bahawa Marion Cauntner akan tie the knot akhir tahun ini. WOW! Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini.

Kepada yang tak tahu siapakah jejaka tersebut, dia bernama SM Nasarudin, boss besar Naza Kia ( CEO )! Dia adalah anak kedua kepada arwah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Dia telah mewarisi perniagaan ayahnya sebagai Group Executive Chairman dan CEO NAZA Group of Companies. Memang kaya abis la.

  
Satu soalan yang sering ditimbulkan apabila saya bertanya kepada kawan-kawan : Bolehkah Marion hadapi hidup apabila convert kepada Islam nanti? OMG! pun selalu juga bertanya-tanya soalan ni pada diri sendiri. Marion seorang yang bagi saya, tersangat-sangat seksi! Mana-mana dia pergi, memang pakaian dan lenggang-lenggoknya menawan hati ramai orang ( terutama guys of course & termasuk saya juga.hahaha )!

Tetapi adakah dia sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri beragama islam? Adakah dia boleh menjalani kehidupan sebagai seorang isteri solehah? Bolehkah dia tinggalkan semua kehidupan silamnya sebagai seorang yang seksi? Memang SM Nasarudin tu kaya, tetapi dia sedar tak dia kene convert?hmmm..

OMG! tidak tahu kehidupan kedua-dua pasangan macam mana, lifestyle macam mana. Itu antara mereka dengan Tuhan. Manusia hanya mampu membuat andaian dari segi luaran sahaja. Jadi jikalau mereka hendak kahwin, si suamilah harus jadik ketua keluarga dan mengajar dan mengetuai si isteri kepada jalan yang benar dan diredhai Allah.Apa akan berlaku selepas mereka kahwin, Tuhan sahaja yang menentukan.

Walaubagaimanapun, OMG! mengucapkan tahniah kepada Marion Caunter ( rwworrr! ) dan juga SM Nasarudin kerana bakal membina masjid tak lama lagi :)

wassalam

p/s: Agak-agak, bila mereka kahwin, mesti ada convoy sports car punya kan?

No comments:

Post a Comment

What do you have to say people?

Related Posts with Thumbnails