Sunday, 24 October 2010

10 MAJLIS PERKAHWINAN PALING MENAKJUBKAN

1. Pasangan yang berkahwin bogel di hadapan 250 tetamu.

Ellie Barton dan Phil Hendicott telah memutuskan untuk 'membelanjakan' wang mereka untuk membeli 'baju pengantin' mereka. Pasangan Aussie ini berkahwin di hadapan 250 hadirin dengan hanya cincin di jari mereka-dan juga gubahan bunga di tempat yang 'strategik'. Puan Ellie Hendicott memaki pakain 'putih' yang dicat pada badannya. Satu-satunya pakaian yang dipakainya hanyalah 'veil' kahwin. Phil Hendicott pula tidak memakai apa pun kecuali topi hitam untuk menutup kelelakiannya. Majlis perkahwinan itu telah dilansungkan pada waktu pagi, siaran langsung di radio pada beribu para pendengar Australia.

2. Pasangan yang berkahwin di atas pelantar ' Bungee Jumping '- dan semestunya melompat selepas ucapan ' I do .'


Jeroen dan Sandra Kippers dari Brussels, Belgium, telah diangkut naik atas sebuah pelantar oleh sebuah krane 150 kaki diatas udara untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Mereka disertai oleh 'tok kadi' mereka dan 20 tetamu. Satu lagi pelantar menampung ahli-ahli muzik. Setelah mereka selesai dengan upacara, upacara itu telah diofficiatekan oleh pasangan dengan melompat dari tebing pelantar tersebut.
Tetapi perkahwinan itu tidak berakhir sebegitu sahaja-setelah pelantar itu diturunkan, para tetamu boleh dinaikkan semula ke langit-untuk 'majlis makan terapung'. Tetamu telah dikejutkan dengan breakfast 3 course-meal, semua semasa mereka 'diikatkan' pada kerusi.
Harga majlis menakjubkan ini? Sekitar 25,000 pound sterlings! Dalam ringgit RM122,150.97( pada masa artikel ini ditulis )

3. Pengantin Perempuan Cina yang memakai baju pengantin sepanjang 200m untuk mencatatkan rekod dunia baru.

Pengantin perempuan dari Guangzhou, China, telah mencatatkan rekod dunia dengan memakai gaun sepanjang 219 yard. Pengantin perempuan tersebut telah menambahkan pada gaunnya kain sepanjang 600 kaki dan seberat 220 pound. Xie Qiyun telah meminta orang menangkap gambar ini dihadapan sebuah hotel di Guangzhou, ibu negara Guangdong Province pada hari istimewanya itu. Menurut Guiness, gaun terpanjang pernah terhasil adalah sepanjang 1362m ( 4468kaki 5.94in ) dan telah dihasilkan oleh Andreas Evstratiou di Paphos, Cyprus pada February 2007.

4. Pasangan yang berkahwin di T.J Maxx.


Kepada yang tidak tahu apakah itu T.J Maxx, ia adalah supermarket yang menjual barangan pada harga yang teramat murah.
Kisahnya pengantin perempuan Lisa Satayut memutuskan untuk menggabungkan minatnya membeli-belah di T.J Maxx dan kekasihnya itu. Menerangkan bahawa T.J Maxx adalah 'tempat bahagianya', Satayut memutuskan untuk berkahwin dengan kekasihnya Drew Ellis di seksyen kasut size 8 kedai T.J Maxx di Mt. Pleasant, Mich.
Pengantin perempuan, yang mengakui dirinya 'Maxxinista', memakai gaun chiffon tak bertali dengan sarung tangan hitam panjang dan kasut hijau terang berkonsepkan gladiator. Segala hiasan termasuk kerusi putih berriben merah telah memeriahkan lagi majlis itu yang juga melibatkan pemain-pemain muzik dan juga pengunjung-pengunjung supermarket itu yang berhenti untuk menyaksikan majlis meriah itu.

5. Pengantin lelaki yang menghiaskan majlis perkahwinanya dengan 99,999 bunga ros untuk mengejutkan isterinya itu.


Pengantin lelaki Xiao Wang telah membelanjakan setahun gajinya dalam membeli 99,999 ros merah untuk isterinya, Xiao Liu, untuk majlis perkahwinan mereka yang diraikan di Chongqing, China tengah, dimana nombor 999 dianggap sebagai tuah. Pasangan pengantin itu, berusia 24 tahun, memerlukan 30 buah keretauntuk membawa bunga-bunga tersebut kepada majlis tersebut. Mereka mengiklankan di internet untuk pemilik-pemilik kereta dan juga penolong untuk melekatkan bunga-bunga tersebut pada kereta. Bunga-bunga itu sendiri telah diterbangkandari jiran negara.

' Saya ingat Liu sangat menyukai bunga-bunga ros dan idea itu makin lama makin menjadi. Penat lelah saya sangat berbaloi setelah melihat ekspresi pada wajahnya setelah dia melihat kereta-kereta tersebut,' kata Wang. Liu, yang berjumpa Wang semasa mereka belajar di Universiti bersama berkata, ' Saya berkata setahun yang lepas bahawa saya inginkan sebuah majlis perkahwinan yang romantik; saya sungguh tidak percaya bahawa dia masih mengingatinya, tetapi ia sungguh menakjubkan.' Pengantin lelaki juga sedekahkan 20% kos harga ros-ros itu kepada badan amal untuk mendapatkan lagi tuah!

6. Perempuan yang berkahwin dengan tunangnya yang mati di bilik mayat.



Seorang ibu tunggal memutuskan untuk berkahwin dengan tunangnya yang dibunuh di dalam bilik mayat di sebuah hospital. Kevin Lavelle yang berasal dari Ireland, juga bapa kedapa 2 anak, maut dipukul kejam dengan sebatang rod besi pukul secara berkumpulan semasa kerja jauh dari rumahnya untuk mengumpul duit untuk majlis perkahwinan mereka dengan tunangnya Michelle Thomas. Ayah yang berhati baik itu telah diserang oleh 9 lelaki dan telah dipukul sampai mati sebaik sahaja dia pulang ke tempat penginapannya dia Banbury, Oxfordshire. Tetapi kematian juga tidak dapat menghalang cinta antara mereka.

Walaupun hatinya mengalami kesengsaraan yang amat, Michelle tetap menguruskan sebuah 'majlis perkahwinan' di dalam bilik mayat di hospotal Oxford John Radcliffe, di mana mayat Kevin berada. Majlis yang sungguh menyentuh hati itu- disaksikan oleh ahli keluarga dan kawan rapat-telah dijalankan oleh paderi Katolik hospital tersebut.Dihadapan sebuah keranda yang terbuka, paderi itu telah 'menyucikan' cincin perkahwinan mereka yang Michelle telah beli khas untuk majlis ini. Anak mereka, James, sekarang 5, dan juga Megan, sekarang 4, menghadiri majlis ayah mereka dengan memakai baju yang sepatutnya mereka pakai untuk majlis perkahwinan mereka. Apabila paderi bertanya adakah dia menerima Kevin sebagai suaminya, dia menjawab ' I do. ' Ayah Kevin Paddy telah menyarungkan cincin pada jari Michelle dan juga pada jari mayat Kevin.

7. Pasangan yang berkahwin di dalam tangki Jerung.

April Pignataro dan Michael Curry dari New York City berkahwin pada Jun 2010. Pengantin perempuan memakai baju selam putih manakala pengantin lelaki pula memakai baju selam hitam dan mereka menyelam di dalam tangki besar berukuran 120,000 galon yang dipenuhi jerung dan telah menyempurnakan majlis perkahwinan mereka di Atlantis Marine World di Riverhead,N.Y. Kedua-duanya penyelam yang berpengalaman dan dilindungi oleh rangka besi untuk melindugngi mereka dari sebarang serangan jerung, belut dan lain lagi yang mengelilingi rangka besi itu. Mereka memakai baju skuba dan mikrofon untuk menyiarkan ucapan mereka pada satu sama lain, dan juga kepada saudara-mara mereka. Mereka ucapkan ' I do 'pada mikrofon mereka pada paderi yang tidak masuk sekali di dalam tangki itu.

8. Pasangan yang mengikat tali perkahwinan mereka di NASCAR Daytona 500.



Pada Hari Valentine yang lepas, 31 pasangan kekasih yang menyintai NASCAR berucap ' I do ' di Daytona International Speedway; beribu peminat, kawan-kawan dan juga keluarga menyaksikan dari tempat duduk. Pasangan Bryan Willey dan Stacee Kennedy, sempat 'menyarungkan' cincin merekadengan cara NASCAR; dengan tatu! Tempat lumba itu juga menyediakan pakej-pakej perkahwinan yang menarik yang mengandungi 2 pas lumba, satu botol champagne dan juga pilihan untuk mengadakan majlis makan perkahwinan itu di dalam bilik khas yang dapat melihat segala trek lumba di situ.

9. Pengantin perempuan yang mempunyai 110 pengapit untuk mencatatkan rekod dunia baru


Anda tahu tak ada Rekod Dunia Guiness untuk pengapit paling banyak dalam sesebuah majlis kahwin? Seorang pengantin perempuan dari Proctorville, Ohio, telah memecahkan rekod dunia dengan mempunyai lebih dari 100 pengapit di majlis perkahwinanya pada Jun 11 2010. Jill Stapleton, pemilik Jill's Tumble World, sebuah sekolah tarian, meminta pelajar-pelajarnya-kesemua 110 mereka- untuk menjadi pengapitnya untuk majlis perkahwinanya. Jill telah meminta pengapit-pengapitnya untuk memilih baju perkahwinan mereka sendiri dalam warna ungu atau hijau-biru, mengikut warna lambang sekolah. Setiap pengapit membawa sebatang bunga ros. Rekod sebelum ini untuk pengapit tebanyak adalah 90 orang.

10.Pasangan Russia yang memutuskan untuk berkahwin sambil berbasikal.



Sepasang kekasih yang menyintai berbasikal memutuskan untuk berkahwin dengan cara yang pelik tetapi sihat : dengan berbasikal mengelilingi bandar, dan semestinya ditemani oleh rakan-rakan lain yang suka berbasikal juga. 

Monday, 18 October 2010

PixieBikes!

Pixie Bikes!



Mesti ramai tertanya-tanya apa tu Pixie Bikes kan? Well, if korang tengok gambar ni semua, paham-paham je lah!
Pixie Biking ni adalah antara trend sukan yang sedang popular sekarang ni di USA dan juga sekitar-kitarnya. Canada sekarang ni lah paling TOP acara ni. Pixie Biking di Canada ni sudah jadi satu acara sukan yang teramat famous. Sampaikan ia telah dijadikan acara tahunan setiap tahun!

Tapi yang spoilnya di Canada kena ada Permit dari Kerajaan untuk mengayuh basikal Pixie tersebut. Siap ada Pixie Bikes Safety Course lagi. Salah satu website yang ada info tentang Pixie Bikes ini adalah Rat Patrol.

Kat Malaysia ni sememangya tak popular lagi. Jadi, kepada peminat Sports kat sana, sapa nak mula jadi pioneer kepada sukan mencabar ni?

Mari kita mempopularkan sukan ni di negara kita. Jadilah apprentice or master kepada sukan ini.

Jom layan gambar-gambar.








Related Posts with Thumbnails