Subscribe Now,Guys!
Tuesday, 7 September 2010
-GossipOrangKita-Sosilawati Lawiya
Salam semua
Apala nak jadik dengan artis-artis dan orang-orang kat Malaysia ni? Kahwin je, cerai. Kahwin je cerai. Rasanya selebriti Hollywood pun takder cerai-berai tahap macam ni.
Ni pula kes Datuk Sosilawati pengasas Nouvelle Beauty Products ni. Hari tu cerai lepas tu tuntut balik RM1.7 juta dari bekas suaminya, Nash. Tak tau la gossip tentang rumahtangga mereka tu betul ke tidak. Dengar cerita Nash ni selalu pukul-pukul. Tapi ye la, tu hanyalah rumour yang kita tak tahu khabar beritanya benar atau tidak. Kita ni hanya mampu mendengar gossip orang lain sahaja. Tapi janganlah terlalu mempercayainya ok? Dosa. Betul atau tidak, tu antara-antara mereka. Tuhan sahaja yang tahu.
Ni pula kes baru-baru ni, didapati dia telah hilang dan tidak pulang ke rumah selama 8 hari, kata anaknya. Lesap tanpa khabar berita. Dia hilang bersama-sama dengan Pegawai Bank dan Peguam dia. Hilang camtu je. Agak-agak foul-play or setup? Adakah Nash terbabit? Kita pun tak tahu.
Hari ni dapat pula berita bahawa kereta Datuk Sosilawati dan Peguamnya dijumpai di 2 lokasi berlainan. So if kereta dia ada, dan orangnya tak kelihatan, nampak gaya macam foul-play je ye tak? Takkan dia nak biar kereta dia tersadai kat situ beberapa hari? Ada yang tak kena ni.
Anyway, kita di sini janganlah mengharapkan apape benda tak diingini berlaku pada mereka. Kita sebagai manusia dan orang Islam, berdoalah pada mereka agar mereka selamat.
InsyAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ketentuan ilahi tiada siapa yang dapat menjauhikannya..
ReplyDeleteSuri,
ReplyDeletedah lama tak dengar cerita? Cmane hari raya?